Selasa, 22 September 2015

PENYELENGGARAAN LADANG SAWIT


PENGENALAN


Hasil Pendapatan Penanaman Sawit bergantung Kepada Faktor :

Harga BTS

  •  Harga CPO
  •  Kualiti BTS
Kadar Pengeluaran BTS
  •  Faktor persekitaran
  •  Faktor benih
  •  Faktor pengurusan
Kos Pengeluaran BTS
  •  Kos pembangunan dan penyediaan ladang
  •  Kos penyelenggaraan pokok sawit muda
  •  Kos penyelenggaraan pokok sawit matang
Aktiviti Penyelenggaraan Ladang :
  • Bancian pokok
  • Penyulaman pokok
  • Pembajaan
  • Pemangkasan
  • Pengawalan rumpai
  • Pengawalan penyakit & perosak
  • Penyelenggaraan jalan & parit
  • Penuaian BTS
  • Penjarangan pokok

Bancian pokok

1. TUJUAN :
  • memperolehi maklumat lengkap bilangan pokok & keluasan ladang
  • menilai kualiti kerja penanaman
  • bagi tujuan penyulaman
  • menilai tahap serangan penyakit & perosak
  • menilai tahap pertumbuhan pokok & pengeluaran bunga
2. SELEPAS MENANAM :
  • dijalankan selepas kerja menanam siap
  • tujuan :
          - mengira bilangan pokok
          - menyediakan peta ladang
          - mengira pancang tidak bertanam
          - menilai kerja menanam
  •  tindakan menanam, menyulam & membaiki kualiti kerja menanam perlu dilakukan segera.
3. POKOK MUDA :
  • dijalankan setiap 2-4 bulan sekali
  • tujuan :
          - mengira pokok mati dan rosak
          - mengira pokok abnormal
          - menilai serangan penyakit & perosak
          - menilai kerja penyelenggaraan ladang
  •  tindakan menyulam, mengawal penyakit &perosak & menyelenggara kawasan perlu dilakukan segera.

4. POKOK MATANG :
  •  dijalankan setiap 6-12 bulan sekali
  •  tujuan :
           - mengira pokok mati dan rosak
           - mengira pokok abnormal
           - menilai serangan penyakit & perosak
           - menilai kerja penyelenggaraan ladang
  • tindakan menyulam, mengawal penyakit & perosak, menjarang pokok & menyelenggar kawasan perlu dilakukan segera.

Penyulaman pokok

1. TUJUAN :
  •  mendapat jumlah pokok maksima
  •  mendapat pokok yang seragam
  •  mendapat pokok yang normal & produktif di ladang
2. POLISI :
  •  dijalankan seawal mungkin
  •  semua pokok mati, rosak teruk, abnormal perlu disulam
  •  dijalankan bagi pokok kurang 7 tahun
  •  mengunakan benih lanjut umur (APM)

Pembajaan

PENTING KERANA

1. Mentukan kadar pengeluaran BTS
  •  saiz dan berat tandan
  •  bilangan tandan
  • fruit set (nisbah buah)
  • kadar perahan minyak (OER) & isi rong (KER)
2. Melibatkan kos pengurusan yang tinggi
  •  15 – 20 % dari kos pembangunan ladang sehingga pokok matang
  •  30 – 40 % dari kos pengeluaran hasil

KEKURANGAN

> Kesan
  •  pengurangan hasil BTS sehingga 30% dari potensi sebenar
> Proses

  •  dua tahun pertama - pengurangan berat tandan.

  • tahun seterusnya - pengurangan berat dan bilangan tandan